
Isnin, 15 Mac 2010
Perbezaan antara http dan https

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?
“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.
Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.
Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.
Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / /
Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?
Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / /
Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.
top up
“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?
Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.
Sabtu, 13 Mac 2010
7 Perkara Pelik Yang Kita anggap Tak Heran!
bayak tak icon di desktop anda.
Saya selalu melihat orang kita suka membuat shortcut di desktop. Saya pula lebih suka desktop yang kosong kecuali beberapa icon yang semestinya ada.
Jika terlalu banyak icon di desktop sedikit sebanyak memperlahankan kelajuan komputer/laptop kita dan yang penting sekali jangan jadi macam ni :
![]()